Inilah kisah indah
percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya Mubarak.
Dulu, Mubarak itu
seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan
kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada seorang kaya raya yang memiliki
kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan
dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua temannya dan penduduk
di sekitar kebun.
Suatu hari pemilik
kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang
manis dan masak!”
Mubarak seketika itu
bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Ia
menyerahkan pada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat.
Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan
belum masak. Ia mencuba satu persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan
masak..
Pemilik kebun itu
gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat membedakan mana yang masak dan yang
belum masak? Mana yang manis dan mana yang masam?”
“Maafkan saya Tuan,
saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan
yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.
“Apa? Kamu sudah
sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah
berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani
berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah merasa dipermainkan.
“Demi Allah Tuan, saya
tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya
memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk
memakannya?” lirih Mubarak.
Mendengar ucapan itu
pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak langsung percaya begitu saja. Ia
lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga disekitarnya
tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat
Mubarak makan buah delima. Juga tetangganya.
Seorang temannya
bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia
tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja disini bererti itu benar.”
***
Kejadian itu
benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan
kejujuran pekerjanya itu.
Untuk lebih meyakinkan
dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:
“Mubarak, sekali lagi,
apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?”
“Benar Tuan.”
“Berilah aku alasan
yang boleh aku terima!”
“Aku tidak tahu apakah
Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak. Saat aku pertama kali datang untuk
bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu
aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama
ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram.
Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh
memakannya.”
“Meskipun itu delima
yang jatuh di tanah, Mubarak?”
“Ya, meskipun delima
yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika
pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya.”
Kedua mata pemilik
kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air
matanya dengan sapu tangan dan berkata, “Hai Mubarak, aku hanya memiliki
seorang anak perempuan. Menurutmu aku mengahwinkannya dengan siapa?”
Mubarak menjawab:
“Orang-orang Yahudi
mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan
kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya.
Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman
dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan
kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”
Pemilik kebun berkata:
”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu.”
Akhirnya pemilik kebun
itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata
gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah
NabiNya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung
dari Allah SWT. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu
lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama“Abdullah”. Setelah dewasa
anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu
Mubarak”, seorang ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Jika kita
sering membaca kitab fikih maka akan banyak kita temui nama Ibnul Mubarak ini.
Ibnul Mubarak selain dikenali sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak
juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui
ulama pada zamannya.
http://referensiislam.blogspot.com/2011/06/kisah-cinta-ayah-ibnu-mubarak.html